Marriage Contract tuna
MARRIAGE CONTRACT oleh tuna_sandwic Rating Keseluruhan Drama: 8.5 + 8.9 + 7 + 3.5 + 4 = (7.975/10) 1. Cerita (8.5/10) Marriage Contract merupakan sebuah drama tentang kehidupan, kasih sayang dan keluarga. Meskipun ia sebuah drama ringan, namun garapan menarik membawa kita ternanti-nanti apakah yang bakal terjadi seterusnya. Bagi anda yang ingin tenang-tenang aja, silakan menonton drama ini kerana anda pasti terpikat dengan para pelakon yang menjayakan setiap watak masing-masing. Ia mengisahkan bagaimana Kang Hye Soo bersama anaknya Cha Eun Sung menjalani kehidupan yang sukar berikutan hutang piutang yang ditinggalkan selepas kematian suaminya akibat kemalangan. Kecelaruan hidupnya membawa pertemuan dengan Han Ji Hoon pemilik restoran The Promise, seorang yang cengil dan sangat mementingkan diri. Pertemuan itu menimbulkan pelbagai konflik. Uee memegang watak Kang Hye Soo terpaksa meneruskan ke...