Posts

Showing posts from June, 2016

Oh Hae Young Again_daus

Image
OH HAE YOUNG AGAIN   oleh daus Rating Keseluruhan Drama:   (8.8 +8.3+8.0+5.0+4.8) =34.9/4=8.73 ) 1. Cerita  (8.8/10) Hebat naratif berbentuk komedi romantik ini membuatkan anda tidak kering gusi menyaksikan telatah yang ditunjukkan sepanjang menonton drama ini. Penuh dengan melodramatik, sedikit 'thrilling' kerana sengaja diletakkan unsur-unsur saspens yang mengujakan saat-saat munculnya 'vision' dan paling penting menghiburkan dengan adegan humour yang boleh dikatakan agak berlebihan. Drama dimulakan dengan Oh Hae Young yang dikecewakan oleh cinta pertamanya, Han Tae Jin kerana Han Tae Jin mengaku tak boleh terima cara pemakanannya lalu membuatkan Oh Hae Young membatalkan perkahwinannya sehari sebelum majlis berlangsung. Oh Hae Young perlahan-lahan bangkit semula menidakkan perasaan kecewanya yang teramat sangat sehinggalah dia bertemu seorang laki yang disangka memahami keadaannya (di tahap bawah sekali yang memerlukan seseora...