Posts

Showing posts from August, 2017

Queen for Seven Days_ikmal mahrip

Image
QUEEN FOR SEVEN DAYS oleh ikmal mahrip Rating Keseluruhan Drama: (8 +8+8+4+3) = 31/4=7.75 ) 1. Cerita  (8/10) Pada awalnya expectation saya pada drama ni tidaklah begitu tinggi kerana drama ini bukanlah drama yang saya tunggu-tunggukan untuk tahun ini. Saya memang penggemar historical drama jadi saya pun letak drama ni dalam list tontonan. Seperti biasa kebanyakkan historical drama memang tidak akan lari daripada diselitkan kisah-kisah mengenai perebutan kuasa walaupun kadang-kadang ianya bukanlah tema utama bagi sesebuah drama itu tetapi tetap dititik beratkan.  Namun begitu ianya tidaklah bermaksud setiap historical drama itu jalan ceritanya sama. Yang pasti akan ada sebuah kelainan yang tak terjangka. Berlainan pula dengan drama ini, mendengar tajuknya saja sudah buatkan saya tertanya - Queen For Seven Days. Kenapa hanya tujuh hari? Pada awal minit-minit pertama lagi untuk episod pertama itu saya seperti sudah diajukan dengan satu persoalan terbes...

Secret Forest_daus

Image
SECRET FOREST oleh daus Rating Keseluruhan Drama:   (9.5 +8.4+8.7+3+4) = 33.6/4=8.4 ) Kritik Keseluruhan: " Sarat dengan cetusan misteri yang merungkai seribu persoalan mengenai kes pembunuhan seorang ahli koprat, Secret Forest membawa penonton menyelesaikannya dari perspektif seorang pendakwaraya. Setiap watak digambarkan sangat mencurigakan, bahkan tiada yang terlepas. Dibantu dengan teknik pengarahan yang mahir dalam suspens, ia satu perjalanan yang mengagumkan."   1. Cerita  (9.5/10) Bagi yang tak mengenai penulis skrip drama ini, Lee So Youn, beliau debut sebagai pengarah dan penulis untuk filem Bluebeard. Sebuah naskah berteraskan pada "suspens", Secret forest membuatkan penonton begitu teruja untuk menilai setiap ceruk persoalan cuba dibangkitkan, yang mana ianya mungkin terlepas jika tak diamati dengan betul-betul. Satu lakon layar yang agak mengagumkan dalam merungkai persoalan berdasarkan dari perspektif seseorang. Dan pada ...