Posts

Showing posts from September, 2017

Falsify / Fabrication _ daus

Image
FALSIFY Rating Keseluruhan Drama:   (9.2 +9.4+8.0+2+2.5) = 31.1/4=7.78 ) Kritik Keseluruhan: "Kehipokritan media dalam memanipulasikan kenyataan dan memalsukan kebenaran menjadikan Falsify sebuah drama yang berat dengan mesej dan wajar ditonton. Seolah-olah anda kagum dengan kebenaran yang diselongkar wartawan dalam filem yang memenangi Oscar, Spotlight, Falsify sebaliknya membuatkan anda 'kagum' dengan kelicikan mereka yang menyalahguna media untuk kepentingan sendiri." 1. Cerita  (9.2/10) Media dijadikan sebagai “bayangan” dalam merealisasikan kerja-kerja kotor oleh pihak yang berkepentingan. Ianya dijadikan satu cabang propaganda yang efisien sehingga mengubah persepsi orang ramai dalam sekelip mata. Isu yang diutarakan drama SBS Falsify lebih kepada “berita-berita semasa” yang diubahsuai dan disensasikan bagi memacu perhatian orang ramai supaya ianya harus ditegakkan. Contohnya, apabila berita tentang seseorang bunuh diri, media boleh memani...