Posts

Showing posts from October, 2018

Prison Playbook_Nurul Aida

Image
Prison Playbook oleh Nurul Aida     Rating Keseluruhan Drama:   9.75/10 1. Cerita  (10/10) Terdapat banyak elemen dan faktor yang membuatkan drama ni sangat menarik untuk ditonton dan antaranya ialah kerana barisan pelakon yang mantap. Walaupun drama ini lebih ramai pelakon lelaki berbanding perempuan, tetapi drama ini tetap mempunyai kekuatan dia tersendiri.  Jalan cerita yang mungkin agak skeptikal apabila dikaitkan dengan banduan kerana ia menceritakan tentang gangsterism dalam sel, buli, dan yang seumpama dengannya. Tetapi, drama ini tetap ada kelainan dan daya tarik dari sudut plot cerita yang tak boleh dijangka, serta elemen saspen yang berterusan.  Dan yang paling penting adalah banyak jugak mesej-mesej yang cuba disampaikan. Dan yang paling menarik sekali ialah, dari seawal minit pertama episode pertama, memang akan buat rasa bingung dan keliru kerana sama ada sedang menonton drama ataupun sedang menonton...