Posts

Seventeen & NUEST tegaskan tak nak langsung apa-apa habuan daripada peminat melainkan surat saja

Image
NUEST dan Seventeen secara serentak mengumumkan bahawa mereka tidak akan menerima apa-apa habuan daripada peminat melainkan surat saja bermula awal tahun hadapan. Dipetik daripada kenyataan rasmi agensi kedua-dua kumpulan kpop berkenaan, Pledis Entertainment, sebentar tadi, keputusan itu dibuat setelah berbincang dengan mereka. "Kami akan tunjukkan anda caranya di laman kelab peminat bagaimana mahu menyandarkan sokongan kepada artis masing-masing," katanya. Seventeen akan membuat persembahan di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 22 Februari 2020 nanti dalam rangka siri jelajah konsert 'Ode To You'. Sumber: exsportnews

Gara-gara kerana skandal, Han Jun dinafikan hak untuk 'debut' bersama-sama kumpulan kpop TOO

Image
Han Jun (23 tahun) telah disingirkan di dalam kumpulan kpop terbaru, TOO yang dicetuskan daripada rancangan 'survival' terbitan Mnet, World Klass manakala tempatnya telah digantikan dengan Jaehyun yang mendapat undian kelima tertinggi... Selanjutnya baca di sini: https://wp.me/p8tkPO-59p

EXO berselisih pendapat tentang siapakah paling kacak di antara ahli-ahli mereka di dalam jtbc Knowing Bros

Image
EXO berselisih pendapat tentang siapakah ahli kumpulan yang paling kacak di antara mereka setelah masing-masing dicabar untuk memberikan pendapat mereka tentangnya. Chanyeol yang ke hadapan dulu menjelaskan dia patut berada di tempat pertama disebabkan ketinggian yang dimiliki olehnya. Chanyeol kemudiannya meletakkan Sehun di belakangnya dan Suho di tempat ke-3. Bagaimanapun, Suho mencelah dan mahu meletakkan dirinya di tempat pertama... Selanjutnya baca di sini:  https://wp.me/p8tkPO-59m

So Ji Sub jual bangunan miliknya sebagai persiapan untuk berkahwin tak lama lagi

Image
So Ji Sub dilaporkan telah pun menjual kembali bangunan Yeoksamdong miliknya di Gangnam, Seoul yang dibelinya pada sekitar tahun lepas. Menurut portal money today, So Ji Sub telah berjaya mendapat keuntungan kasar sebanyak 7.8 billion won (~RM 27.3 juta) hasil jualan bangunan miliknya itu yang dibeli pada harga 29.3 billion won (~RM102.5 juta).................... Selanjutnya baca di sini: https://kmania.info/2019/12/07/so-ji-sub-jual-bangunan-miliknya-sebagai-persiapan-untuk-berkahwin-tak-lama-lagi/

Jaehyo Block B dikecualikan daripada menamatkan ‘military service’ kerana kecederaan yang serius

Image
  Jaehyo Block B telah dikecualikan daripada menghabiskan baki latihan khidmat negara sejak menyertainya pada Disember tahun 2018. Berdasarkan kenyataan daripada agensinya, Seven Seasons, perlepasan tersebut diberikan setelah Jaehyo menjalani pemeriksaan kesihatan di bawah arahan Jabatan Ketenteraan Korea yang mendapati kesakitan yang dialaminya pada buku lali bertambah teruk menyebabkannya tidak dapat melakukan sebarang aktiviti berat. Akibatnya, Jaehyo telah ‘diturunkan’ pangkat ke gred 5 yang biasanya diberikan kepada sesiapa yang tak mampu lagi berkhidmat dalam ketenteraan. Jaeho dibebaskan terus selepas itu. Agensi turut memaklumkan bahawa Jaehyo akan menumpukan untuk mendapatkan rawatan khusus bagi memulihkan kecederaan yang dialaminya. Sebelum ini, Jaehyo pernah diberikan rehat sekejap setelah mengalami kecederaan serius pada buku lalinya. Beliau kemudiannya dibenarkan menyertai semula latihan khidmat negara pada 23 Mac 2019 https://km...

Prison Playbook_Nurul Aida

Image
Prison Playbook oleh Nurul Aida     Rating Keseluruhan Drama:   9.75/10 1. Cerita  (10/10) Terdapat banyak elemen dan faktor yang membuatkan drama ni sangat menarik untuk ditonton dan antaranya ialah kerana barisan pelakon yang mantap. Walaupun drama ini lebih ramai pelakon lelaki berbanding perempuan, tetapi drama ini tetap mempunyai kekuatan dia tersendiri.  Jalan cerita yang mungkin agak skeptikal apabila dikaitkan dengan banduan kerana ia menceritakan tentang gangsterism dalam sel, buli, dan yang seumpama dengannya. Tetapi, drama ini tetap ada kelainan dan daya tarik dari sudut plot cerita yang tak boleh dijangka, serta elemen saspen yang berterusan.  Dan yang paling penting adalah banyak jugak mesej-mesej yang cuba disampaikan. Dan yang paling menarik sekali ialah, dari seawal minit pertama episode pertama, memang akan buat rasa bingung dan keliru kerana sama ada sedang menonton drama ataupun sedang menonton...

Live_xyla73

Image
Live oleh xyla73     Rating Keseluruhan Drama:   9.0/10 1. Cerita  (9/10) Drama nukilan Noh Hee Kyung ini adalah drama wajib tonton kepada penggemar genre ‘slice of life’. Berlatarbelakangkan kehidupan seharian polis di barisan hadapan, penonton dibawa untuk menyelami jerih perih mereka yg bergelar anggota polis. Berbeza dengan drama jenayah yg lain, drama ini lebih bersifat ‘character driven’ iaitu watak2 yg menggerakkan jln cerita berbanding plot. Semua watak dikupas dengan baik termasuk watak2 pembantu sehingga kita akhirnya suka kepada semua watak2 tersebut.      Drama ini mempunyai kekuatan tersendiri walaupun tanpa dibarisi oleh hero2 tampan ataupun idol sebagai daya penarik. Highlight kepada drama ini adalah hubungan antara 3 anggota polis rookie dgn mentor masing2. Sebuah drama yg baik yang mampu menyuntik pelbagai rasa di hati penonton. Penonton akan sama2 merasa semangat berpasukan mereka setiap kali me...