Jaehyo Block B dikecualikan daripada menamatkan ‘military service’ kerana kecederaan yang serius
Jaehyo Block B telah dikecualikan daripada menghabiskan baki latihan khidmat negara sejak menyertainya pada Disember tahun 2018.
Berdasarkan kenyataan daripada
agensinya, Seven Seasons, perlepasan tersebut diberikan setelah Jaehyo
menjalani pemeriksaan kesihatan di bawah arahan Jabatan Ketenteraan
Korea yang mendapati kesakitan yang dialaminya pada buku lali bertambah
teruk menyebabkannya tidak dapat melakukan sebarang aktiviti berat.
Akibatnya, Jaehyo telah ‘diturunkan’ pangkat ke gred 5 yang biasanya
diberikan kepada sesiapa yang tak mampu lagi berkhidmat dalam
ketenteraan. Jaeho dibebaskan terus selepas itu. Agensi turut
memaklumkan bahawa Jaehyo akan menumpukan untuk mendapatkan rawatan
khusus bagi memulihkan kecederaan yang dialaminya.
Comments
Post a Comment