Signal Syik_Gojet
oleh Syik_Gojet
Aku tak tau mcm mana nak mulakan ..ini kali pertama
aku cuba tulis review.. kali terakhir buat karangan kira2 masa
SPM..minta maaf siap2 jika tulisan agak carca marba..yahampun...
Intro
Tatkala membaca sipnosis
di internet pada mulanya ia tidak menarik minat aku...walkie talkie??
Penyiasatan?? Misteri??. Semua bermula bila aku menonton episode
Running Man dimana salah satu pelakon pembantu Signal menjadi tetamu
undangan... Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta..Episode pertama
sudah berjaya menarik minat aku lantas membuatkan aku “jatuh cinta
pandang pertama”.. Melayan dua episode pertama tak terasa menonton
drama sebaliknya seperti menonton mini filem.
It is a Masterpiece!! The best Korean Drama I ever see..!!
1.Cerita (10/10)
Signal merupakan kisah
penyiasatan disuntik elemen fantasi iaitu walkie talkie yang boleh
menghubungkan dua anggota polis yang berada di tahun berbeza.. Drama ini
diinspirasikan dari beberapa kejadian jenayah ‘cold case’ yang
benar-benar berlaku di Korea. Cold case bermakna jenayah yang bertahun
lamanya akan tetapi penjahat sebenar tidak dapat ditangkap /dakwa.
Mungkin kerana pada zaman dahulu teknologi penyiasatan tidak secanggih
sekarang menyebabkan penjenayah sebenar tak dapat dikesan dantiada
bukti.
Di sini lah datangnya kepentingan element walkie
talkie dalam drama Signal.. Polis zaman dahulu bernama Lee Jea Han
berkerjasama dgn polis zaman sekarang(tahun 2015) bernama Park Hea Young
untuk menyelesaikan cold case. Park Hea Young merupakan seorang
‘profiler’ atau lebih dikenali sebagai ‘criminal psychologist’..
Menggunakan kepakaran beliau mengkaji psikologi penjenayah,Park Hea
Young memberi tips dan hint kepada Lee Jea Han untuk mengesan
penjenayah.. Ditambah data cold case sudah lengkap pada zaman Park Hea
Young,ia memudahkan Lee Jea Han ‘one step ahead’ dari penjenayah..
Walaupun begitu walkie talkie hanya berfungsi pada tepat pukul 11.23
malam ikut masa Park HeaYong.. Kenapa mesti pukul 11.23 malam?? Maaf
tidak boleh cerita, nanti spoiler.Hehe..
Biarpun konsep walkie talkie tu agak non-sense tapi
percayalah, cara ia digarap dalam drama ni membuatkan kita percaya
walkie talkie tu adalah ‘real’..Ia tidak langsung mencacatkan cerita.
Malahan ia merupakan nadi utama yang membantu melancarkan perjalan
drama ni sekaligus membuatkan drama ini lebih “exciting”.
Antara case yang terkandung dalam Signal ialah :
1989- Gyeonggi nambu serial murder
1995- kecurian rumah VIP
1997- Hongwon dong case
1999 - Injoo Gang Rape
2000 - Penculikan rakan kelas Park Hea Young
Kebanyakkan drama penyiasatan lain focus kepada 1 kes
sahaja, tapi Signal kita boleh lihat beberapa kes dikupas. Ada
relevennya kerana setiap kes memberi impact yang besar kepada ketiga2
watak utama iaitu Lee Jea Han, Park Hea Young dan Cha So Hyun.
Menggunakan konsep “butterfly effect”,setiap perubahan pada masa lampau
akan memberi kesan kepada masa hadapan. Contoh orang yang patut hidup
pada masa hadapan telah mati, sebaliknya juga orang yang patutnya mati
telah hidup pada masa hadapan. Hanya orang yang memang walkie talkie
tahu perubahan ini..Sebaliknya orang lain, memori mereka terpadam dan
digantikan dengan peristiwa terbaru.. Ini menyuntik element suspen yang
tak dijangka. Menambahkan lagi kelazatan Signal secukup rasa.
Drama ni pada permulaan agak sedikit keliru bagi yang
tidak biasa dgn drama bercorak sebegini. Dengan teknik flash back yang
byk menyokong setiap babak ,merungkai persoalan demi persoalan.Tiada
yang kita dapat jangka tentang Signal.. Seolah-olah kita mengupas daun
sayur kobis.. lagi dikupas, lagi banyak helaian daun ... Sebelum
dikupas nampak sebesar penumbuk, selepas dikupas dapat sebesar periuk..
(mohtip daun kobis aku terfikir)
Menariknya Signal yang tiada pada kdrama yang lain:-
- 3 watak utama iaitu Lee Jea Han, Park Hea Youngdan Cha Soo Young. Selalunya drama cuma ada 2 watak utama.
- Lee
Jea Han dan Park Hea Young tidak pernah bertemu, hanya berinteraksi
melalui walkie talkie tetapi chemistry kedua- dua wataksangat kuat.
Ia sangat terasa sewaktu babak masing- masing mengucapkan semoga
bahagia kepada satu sama lain. Memberi kesan mendalam kepada aku dan
penonton secara amnya.. Antara babak takkan dilupai sampai bila-bila
-Tiada
love line or romance yang melampau-lampau.. Mungkin ada sedikit
percikan cinta antara Lee Jea Han dan Cha Soo Hyun, itu pun versi sweet
dan real. Cerita 98% focus pada penyiasatan dan misteri.
- Tiada cinta 3 segi
- Tiada actor buka baju tayang 6 pack sambil mandi dalam toilet..huhu
-
Membariskan pelakon yang betul-betul berkaliber.Jo Jin Woongdan Kim Hye
Soo merupakan pelakon veteran yang banyak menang anugerah. Termasukla,
Lee - Je Hoon yang banyak berlakonfilem dan bakatnya diiktiraf ramai
-
Penggambaran banyak dijalankan di rumah-rumahkos rendah,lorong-lorong
suram berdinding tinggi, market... pendek kata bukan rumah chebol yang
super kaya
- Menonton 16 episode drama ibarat
menonton 16 episodefilem.. Setiap episode tidak mengecewakan. Malah kita
sentiasa berada “edge of our seat”.. Tiada dull moment or bosan
sebaliknya perasaan ingin tahu meluap luap.
-
Hampir setiap episode disudahi dgn “cliff hanger”yang agak kuat
menyebabkan kita jadi ketagih.. apa lagi, marathon la kita..huhu..
-Setiap adengan jangan lepas pandang walaupun tampak kecil supaya kita lebih memahami perjalanan cerita..
-
Habis sahaja menonton episode terakhir, minda kita takkan berhenti
memikiran drama ni minimum 10 minit.. ada yang kronik sampai berhari-
hari (aku la tu..haha)
- Teknik flash back yang
sangat banyak.. Surprisingly, cara flash back diadaptasi secara smooth
dan tak buat aku jadi keliru.. dengan mudah aku boleh bezakan antara
babak zaman sekarang dan zaman dahulu..
Sebenarnya terlalu byk nak diperkatakan tentang Signal, karang jadi spoiler lak..huhu
2.Keberkesanan Lakonan (9.8/10)
Jo Ji Woong[Best Actor nomination]
Memegang watak sebagai Lee Jea Han yang merupakan
seorang pegawai polis yang berdedikasi, berkarisma dan passion dgn
kerja beliau. Lakonan beliau tampak natural. Takperlu bermodalkan
berwajah kacak dan berbadan sado utk menjadi polis. Di sini kita boleh
lihat bagaimana watak Lee Jea Han berkembang dari masa rookie
hinggalah menjadi detective yang hebat di sebalik banyak peristiwa
malang berlaku. Walaupun beliau ialah seorangtinggi 185cm dan besar,
akan tetapi beliau tak nampak kekok sewaktu melakonkan adengan sedih..
emosi sedih itusampai ke hati penonton.. bila beliau malu-malu alang
dengan perempuan yang disukai, kita turut ketawa melihat aksi beliau..
bila beliau bertekad utk menyelesaikan kes, kita turut merasai
semangatnya ... Rasanya tiada ayat yang tepat utk akugambaran betapa
kagumnya aku dgn Jo Ji Wong yang mampu membawa watak berat sebegini
effortlessly.. Tidak melampau utk aku katakan Jo Ji Wong merupakan nadi
utama Signal.. Tidak boleh aku bayangkan orang lain boleh bawak watak
Lee Jea Han sehebat ini. Standing ovations..!!
Lee Je Hoon[Best Actor nomination]
Membawa watak sebagai Park Hea Yong iaitu seorang
“profiler”yang lari dari kebiasaan. Profiler selalunya digambarkan sorg
yang cold-heart.Sebaliknya Park Hea Young adalah sorang yang sombong,
beremosi, suka berkerja sendiri ,agak terburu- buru dan berdendam.
Lakonan Lee Je Hoon nampak solid walaupun ada ketika bila beliau
bercakap laju hingga nada suaranya seperti penyanyi rap..Kita boleh
merasi beban yang di tanggung bertahun lamanya oleh Park Hea Young yang
kecewa dengan institusi polis itu sendiri. Lama kelamaan, sedikit demi
sedikit Park Hea Young mula mempercayai rakan sekerjanya dalam cold case
squad. Lee Je Hoon membawa watak ini dengan cemerlang sekali..
Kim Hye Soo[Best Actress nomination]
Kim
Hye Soo menjadi Cha So Hyun pada 2 zaman iaitu zaman rookie bersama Lee
Jea Han dan zaman ketua cold case bersama Park Hea Yong. Secara
bijaknya beliau berjaya menjiwai watak beliau. Kita boleh melihat
perbezaanyang ketara. Cha So Hyun sewaktu zaman rookie adalah sorang
yang innocent, suka pink, sweet, girly, sopan dan menghormati senior.
Sebaliknya Cha So Hyun sewaktu zaman ketua cold case seorang tenang,
bijak , pantas, gagah dan berkarisma. Lakonan beliau menyerlah dan
nampak natural. Secara peribadi, agak sukar bagi aku untuk hadam yang
kedua-dua Cha So Hyun dilakonkan dgn oleh orang yang sama. Ini kerana
lakonan beliau betul-betul berkesan. Tabik spring.. !!
3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi) (10/10)
Satu
ayat yang aku boleh nyatakan “PERFECT”..! Tiada yang negative tentang
drama ni. Memecah monopoli romance drama yang sedang melambakdipasaran.
Signal merupakan drama yang fresh dengan idea-idea yang genius. Cerita
ni pace ia agak laju dan tidak membosankan. Kebanyakkan drama korea agak
meleret mungkin nak cukupkan 16 episode. Sebaliknya Signal terasa
seperti tak cukup 16 episode. Oleh itu setiap babak adalah sangat
penting, sengaja PD memberi kita sedikit hint di setiap episode. Hint
tersebut menjadi penting bila dijelaskan secara mendalam di episode
seterusnya. Teknik flash back yang ditonjolkan agak smooth dan tidak
mengelirukan. Kita boleh lihat perbezaan warna dan kauliti filem semasa
adengan flash back. Props jugak bersesuai mengikut tahun memandangkan
drama ini berkisar dari tahun 1989 hingga tahun2015. Sinematografi
cerita ni agak malap mengikut tema drama ni tetapi cantik..Contohnya
sewaktuPark Hea Yong dan Cha So Hyun memandu kereta di tepi laut, gerak
kerja kemera terasa sangat cantik dan mengkagumkan.
4. Skor muzik(4/5)
Lagu-lagu
yang terkandung dalam Signal memang bertepatan sekali.. Paling menarik
lagu-lagu side effect, berjaya menaikkan mode drama ni.. Terasa seperti
menonton filem. Kebanyakkan OST agak vintage. Beberapa lagu lama diolah
semula bersesuaian dengan tema drama yang agak kelam.
Ni adalah salah satu lagu remake.. Melodi lagu ni agak
creepy dan sering dimainkan di penghujung drama pada masa cliff hanger
sambil minda kita tengah proses apa yang berlaku.
Ni adalah lagu yang agak berhantu tapi sebenarnya sangat sedih.. Mendengarkannya bisa buat air mata mengalir
Tajuk Happy Person
Maksud lirik:
Crying now?
Are you crying?
Ah, but you,You are a happy person
You have beautiful eyes thatcan be find still stars
Lonely now?
Are you Lonely?
Ah, but you,
You are happy person
Still you can feel the wind
So beautiful that heart
You can find still stars
So beautiful eyes you have
So beautiful heart you have
5.Kebarangkalian untuk tontonan semula (5/5)
Semestinya..!!
Dah tengok dua kali dah.. Sesuatu yang menakjubkan utk orang seperti
aku yang tak gemar tengok cerita berulang kali.
Rating KeseluruhanDrama: (10.0+9.8+10.0+4.0+5)=38.8/4=9.7)
Nomination: jojin woong, kim hye soo, lee je hoon
Nomination: jojin woong, kim hye soo, lee je hoon
Comments
Post a Comment