Beautiful Mind Syik_Gojet
oleh Syik Gojet
1. Cerita (8/10)
Beautiful
mind ialah drama berkonsepkan perubatan mengisahkan Doc Lee Young Oh
yang diakui sebagai pakar neuro (otak), akan tetapi Young Oh tidak
mempunyai perasaan simpati dan belas kasihan. Drama ni fokus kepada
bagaimana Doc Lee Young Oh yang dilebal psychopath berubah
perlahan-lahan memahami erti kemanusiaan dan emosi untuk menjadi “good
doctor”. Sejak kecil lagi beliau dicop sebagai “monster”oleh bapa
angkatnya. Beliau berusaha sedaya upaya utk menjadi normal demi memenuhi
expectation bapa angkat yang juga merupakan doctor pakar neuro. Beliau
diasuh oleh bapak angkatnya utk belajar mengenal ‘body language” utk
menutupikelemahan beliau. Beliau sorg yang logikal, sombong,
berkenyakinan tinggi,adil, cool dan tiada perasaan.
Sejak
beliau bekerja di hospital bapak angkatnya, satu demi satu kematian
berlaku yang berkaitan dgn beliau secara langsung. Beliau dijadikan
kambing hitam oleh hospital tempatnya berkerja utk menutup konspirasi
produk stem cell. Oleh kerana beliau mempunyai penyakit anti-sosial
disorder, mudah bagi pihak pengurusan hospital menuduh beliau menjadi
dalang kematian yang berlaku di hospital.
Dalam
masa yang sama, sorang rookie polis traffic bernama Jin Sung, menyiasat
kes-kes kematian di hospital ini. Jin Sung juga asalnya seperti orang
lain mensyaki Young Oh menjadi dalang. Tetapi semakin lama Jin Sung
menyedari Young Oh cuma sorg doc yang berusaha sungguh2 selamatkan
pesakitnya.. Jin sung seorang yang bersifat terburu-buru dan mempunyai
emosi yang kuat. Oleh itu Jin Sung dan Young Oh saling lengkap
melengkapi. Mereka digelar couple Wi-Fi.
Yang
menarik tentang drama ni ialah setiap kes emergency ada implikasinya
kepada kehidupan Young Oh lantas mengajar Young Oh mengenal erti sifat
kemanusiaan.Contohnya kes budak didera oleh maknya. Young Oh berasa
pelik kenapa budak iturela didera dan tidak mahu ceritakan kepada
sesiapa. Malah budak itu sanggup tahan sakit sehingga membahayakan diri
sendiri. Jin Sung menjelaskan yang bagi setiap budak, makpak adalah
Cinta Pertama mereka.. budak itu sanggup tak cerita kepada sesiapa
kerana takut makpak akan bercerai. Young Oh mula memahami keadaan budak
itu kerana beliau jugak didera emosi oleh bapak angkatnya sejak kecil
secara tak langsung. Byk lagi kes emergency yang menyentuh perasaan. Tak
boleh cerita lebih-lebih kang spoiler.hehehe
Selain
itu tertarik perkembangan watak Young Oh bila mula belajar erti cinta..
Young Oh sangat naïf. Young Oh membuktikan cinta tak perlu dibuktikan
dgn kata-kata,tetapi melalui perbuatan. Sweet sgt.. hehe

Satu lagi
yang aku kagum dgn writer drama ini ialah ayat yang puitis tapi spot on.
Membuatkan penonton berfikir dan terkesan dgn scene tersebut.
Contoh ayat yang disebut oleh Young Oh kepada pesakitnya:
"I cannot
feel your pain. I can't be in pain for you. I have a disability that
impairs my ability to empathise with others. As you have said, I cannot
even appreciate music.Thats why, Im planning to stand by your side. I
won't ever turn a blind eye to your pain or feel exhausted. Whenever you
need me, I will extend out my hand, until the moment you leave the
hospital with a healthy body"
Walapun
drama ini agak berat tetapi ada diselitkan element komedi iaitu Doc
Power Rangers terdiri 5 doc kaki gossip ala2 ahjumma. Tabik hormat kt
writer kerana karektor komedi Power Rangers diketegorikan sebagai smart
komedi.. Tak perlu menjerit2 or buat aksi pelik tetapi menghiburkan.
Sentiasa ternanti2 babak mereka disetiap episode.
Namun
disebabkan drama ni rating tak tinggi, drama dipendekkan kepada 14 epi
tuk berilaluan kepada Olympic. Ini mencacatkan jalan cerita terutama epi
13 dan 14 agakrushing . Penutup kes kematian dan stem cell konsipirasi
tidak di kupas dgn lancar.Kisah cinta Jin Sung dgn Young Oh pun berlaku
agak pantas. Selain itu setengahkarektor yang muncul masa awal2 episode
tiba-tiba menghilang contoh doc Suk Joohanya muncul sekali
sekala.Terpaksa potong markah di sini
Kesimpulannya... One of the best Medical Drama yang aku pernah tengok...!!
2. Keberkesanan Lakonan (9/10)
Jang Hyuk sebagaiDoc Lee Young Oh – calon best actor
Standing ovation..!!! Tepuk tangan sampai naik lebam..
Watak
Young Oh sebenanrnya sangat la berat.. Tetapi Jang Hyuk memang berjaya
menjiwai watak pysopath yang berusaha menjadi normal. Babak paling
diingati semasa disoal siasat oleh polis dgn memakai alat pengesan tipu.
Memang psiko habis sampai polis give up.. Satu lagi babak masa Young Oh
dipecat oleh bapak angkat. Kemudian Young Oh jalan dalam keadaan tak
tentu arah ke tengah jalan. Terasa gila emosi kekecewaan yang
ditonjolkan..He nail it..
Park So Dam sebagai Jin Sung
Walaupun
pada asalnya watak Jin Sung agak annoying tetapi lama kelamaan watak
ini penting utk merubah Young Oh. Lakonan Park So Dam boleh
dikategerikan sebagai baik tapi tidak la sehebat mana. Boleh diperbaiki
lagi.
3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi) (7/10)
Oleh
kerana drama ni byk scene dipotong maka tak leh bagi markah lebih tuk
pengarahan kerana tampak agak tergesa gesa.Tetapi dari aspek
sinematografi menarik dan bagus
4. Skor muzik (3/5)
Lagu ost Dirt berhantu.Best.. Sesuai dgn tema cete ni. Tapi lagu ost yang lain biasa2 ja.
5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (4/5)
Jika ada masa nak tengok lagi..terutama ada term2 perubatan yang tak berapa nak faham..
TOTAL = 8+9+7+3+4 =31
Nomination:Jang Hyuk
Comments
Post a Comment