Let's Fight Ghost_spankeefili
LET’S FIGHT GHOST oleh spankee_fili Rating Keseluruhan Drama: (8 + 9 + 7 + 3 + 5) =32/4=8 1. Cerita (8.0/10) Let’s Fight Ghost bertemakan perhubungan romantis dan persahabatan antara manusia dan hantu – Park Bong Bal(Ok Taec Yeon) merupakan seorang pelajar ekonomi Universiti Myungsung yang mempunyai kebolehan melihat dan berinteraksi dengan hantu. Maksudnya Park Bong Pal boleh memukul hantu dan menghapuskan hantu untuk kembali ke neraka. Semasa kecil Bong Pal dirasuki oleh roh jahat namun telah berjaya dikeluarkan oleh pawang Myung Cheol tapi sisa kejahatan roh tersebut masih ada pada Bong Pal membolehkan beliau mampu melihat hantu. Kesungguhan Bong Pal untuk mengubati matanya supaya kembali normal membuatkan Bong Pal mengumpul wang dengan mengambil upah menghapuskan hantu. Kim Hyun Ji (Kim So Hyun) merupakan pelajar menengah tinggi yang mengalami kemalangan...