Let's Fight Ghost_spankeefili
LET’S FIGHT GHOST
oleh spankee_fili
oleh spankee_fili
Rating Keseluruhan Drama: (8 + 9 + 7 + 3 + 5) =32/4=8
1. Cerita (8.0/10)
Let’s Fight Ghost bertemakan perhubungan romantis dan
persahabatan antara manusia dan hantu – Park Bong Bal(Ok Taec Yeon)
merupakan seorang pelajar ekonomi Universiti Myungsung yang mempunyai
kebolehan melihat dan berinteraksi dengan hantu. Maksudnya Park Bong Pal
boleh memukul hantu dan menghapuskan hantu untuk kembali ke neraka.
Semasa kecil Bong Pal dirasuki oleh roh jahat namun telah berjaya
dikeluarkan oleh pawang Myung Cheol tapi sisa kejahatan roh tersebut
masih ada pada Bong Pal membolehkan beliau mampu melihat hantu.
Kesungguhan Bong Pal untuk mengubati matanya supaya kembali normal
membuatkan Bong Pal mengumpul wang dengan mengambil upah menghapuskan
hantu.
Kim Hyun Ji (Kim So Hyun) merupakan pelajar menengah
tinggi yang mengalami kemalangan 5 tahun lepas telah hilang ingatan dan
menjadi roh yang bergentayangan. Ketika bergaduh dengan Bong Pal, mereka
dengan tidak sengaja tercium dan memorinya muncul sedikit.Mengesyaki
Bong Pal boleh mengembalikan memori silam beliau, Hyun Ji mengekori Bong
Pal dengan menjadi pasangan untuk menghapuskan roh jahat. Sedikit demi
sedikit hubungan mereka makin akrab sehingga menimbulkan bibit-bibit
cinta..
Jalan cerita agak cliché kerana mengingatkan pada
drama Oh My Ghost tapi misteri yang dikupas sedikit demi sedikit
membuatkan drama ini menarik perhatian penonton. Saya gemar dengan jalan
cerita yang tidak terlalu berahsia, maksudnya tidak membuatkan penonton
tertunggu-tunggu sehingga akhir episod baru misteri terbongkar. Let’s
Fight Ghost agak santai, tidak melodrama dan banyak fokus kepada
hubungan kekeluargaan dan persahabatan jadi tidak banyak konflik yang
timbul.
Susunan dari satu babak ke satu babak
tersusun dan agak sempurna biarpun melibatkan banyak sesi imbas balik
tapi tidak menampakkan drama ini kucar kacir.
2. Keberkesanan Lakonan (9/10)
Ok Taec Yeon - Best Actor
Watak sebagai pelajar yang suka bersendiri tapi
semakin ceria sejak bertemu dengan Hyun Ji kurang memberikan impak.
Nampak kejanggalan Ok Taec Yeon berlakon tapi senyuman yang dilemparkan
ketika bersama Hyun Jin nampak sangat bahagia. Contohnya ketika makan
bersama Hyun Ji, senyuman beliau nampak lebar dan ikhlas. Tapi riak
marah dan sedih kurang menjadi dan tampak keras.
Kim So Hyun - Best Actress
Kim Hyun Ji sangat comel, ceria, cantik dan menarik
perhatian. Senyuman beliau dan kenakalan beliau mampu membuatkan
penonton tersenyum. Kim So Hyun juga mampu membawakan scene emosi dengan
baik contohnya ketika cemburukan Bong Pal dan Seo Yeon, dia menarik
tangan Bong Pal pergi dan memarahi Bong Pal. Nampak cemburu yang ketara
pada wajahnya ketika itu. Ketika berdiri di hadapan rumah Bong Pal untuk
memberitahu beliau akan berpindah, riak kesedihan terpancar pada
wajahnya.
Kwon Yul - Best Actor
Membawakan watak sebagai Professor Ju Hye Sung di
kelas ekonomi Bong Pal. Lakonan Kwon Yul memang dipuji kerana membawakan
watak antagonis dengan baik. Senyuman sinis beliau memang nampak
seperti memandang rendah pada musuh-musuhnya. Tapi dalam sekelip mata
boleh berubah menjadi mesra dan penyayang di hadapan khalayak demi untuk
menyembunyikan identiti beliau yang sebenarnya dikuasai oleh roh jahat.
Professor Ju Hye Sung mengekori Bong Pal sejak 18 tahun lalu kerana
ingin menguasai badan Bong Pal yang mewarisi kuasa istimewa dari ibu
kandungnya. Dalam masa yang sama beliau ingin memusnahkan gelang yang
direka khas oleh ibu Bong Pal untuk menghancurkan roh jahat sepertinya.
Demi mencapai matlamat beliau, beliau sanggup membunuh sesiapa sahaja
yang menjadi penghalang.
Kang Ki Young dan Lee David (Sundae Soup Team) - Best Supporting Actors
Watak komedi yang sangat menarik dan mempunyai peranan yg kuat dalam drama ini. Sangat suka tengok bromance antara mereka berdua yang gila-gila tapi baik hati.

Watak komedi yang sangat menarik dan mempunyai peranan yg kuat dalam drama ini. Sangat suka tengok bromance antara mereka berdua yang gila-gila tapi baik hati.
3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan,sinematografi) (7/10)
Pengarahan yang baik dengan setiap misteri dan babak
diolah dengan tersusun. Memang sangat dipuji cara pengarah menyampaikan
cerita dengan santai. Biarpun agak cliché drama ini tapi teknik
pengarahan yang lancar membuatkan penonton berasa selesa untuk terus
menonton. Ditambah pula dengan watak-watak sampingan yang menarik
seperti Sundae Soup dan Pawang Myung Cheols membuatkan drama ini terasa
mesra.
Sinematografi boleh tahan. Kehidupan sebagai pelajar
university – kuliah, perpustakaan, piknik semuanya sesuai dengan jalan
cerita ini. Tempat tinggal Bong Pal jugak sesuai dengan pelajar yang
menyara diri sendiri. Pakaian yang sesuai dengan watak-watak – pelajar,
pawang, team Sundae Soup uniform, staff klinik haiwan dan staff Hospital
Hanil tempat Hyun Ji dirawat.
Scene romantik tidak banyak tapi kemesraan antara Hyun
Ji dan Bong Pal nampak lebih kepada rakan baik berbanding pasangan
kekasih. Watak Hyun Ji nampak seperti matahari yang menyinari kehidupan
suram Bong Pal. Bermula dari saling bergaduh sehingga akhirnya saling
mengambil berat antara satu sama lain. Di pertengahan drama saya sudah
meletakkan secebis harapan bahawa Hyun Ji masih belum mati, jadi sangat
gembira bila Hyun Ji sebenarnya hanya koma dan cinta mereka boleh
direalisasikan di alam nyata.
4. Skor muzik (3/5)
OST kurang menyengat, tapi ada muzik instrumental yang
terngiang-ngiang di telinga tapi tak tau apa tajuk haha. Muzik tu
mengingatkan pada lagu Afdlin Shauki – Mia Sara.
Song Nomination:
I Can Only See You –Ryu Ji-hyun & Kim Min-ji
5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (5/5)
Lepas habis drama ni, terus saya view best moments dan simpan dalam hp. Lepas tu kejap-kejap ulang tengok. Haha.
Definitely akan ulang tonton.
Comments
Post a Comment