Posts

Showing posts from April, 2017

Strong Woman Do Bong Soon_daus

Image
STRONG WOMAN DO BONG SOON oleh daus Rating Keseluruhan Drama:   (5.7 +7.5+7.1+2.5+2.7) = 25.5/4=6.38 ) Kritik Keseluruhan: "Strong Woman Do Bong Soon terlalu ringan dengan idea yang sangat longgar yakni pelaksanaan plot agak lemah dan meleretkan. Percantuman genre 'thriller', komedi dan sindiran agak tak menjadi selebihnya hanya sekadar gelakan kosong. Kelebihannya hanya terletak pada interaksi pelakonnya dalam menunjukkan keserasian bersama dan juga aksi komedi ditunjukkan pelakon pembantu seperti Kim Won Hae" 1. Cerita  (5.7/10) Strong Woman Dong Bong Soon menceritakan tentang keistimewaan yang dimiliki wanita-wanita daripada keturunan Do Bong Soon iaitu mereka akan menjadi gagah perkasa walaupun tubuh mereka kecil dan ramping. Mereka mesti menggunakan kekuatan tersebut untuk membantu mereka yang lemah dan memerlukan perlindungan. Jika disalahgunakan pada mereka tak berkenaan dan tak berlandaskan pada niat yang betul, dia akan kehila...

Missing 9_irienad

Image
Missing 9 oleh irie^nad Rating Keseluruhan Drama: (7.0 + 7.0+ 7.0 + 2.0 + 1.0 = 24.0/4 = 6.0) KRITIKAN: Suratan atau kebetulan? Seakan-akan bersetuju dengan tajuknya, banyak elemen yang ‘hilang’ daripada drama ini. Daripada penceritaan yang tidak konsisten kepada pembaziran bakat lakonan para pemainnya, “Missing 9”gagal menjawab beberapa persoalan besar yang menghantui penonton di sebalik usaha murni untuk mempersembahkan satu genre baru dalam dunia drama Korea. Cerita (7/10) “Missing 9” mengisahkan tentang sekumpulan artis dan staf “Legend Entertainment” yang terperangkap di sebuah pulau terpencil setelah kapal terbang peribadi yang mereka naiki terhempas ketika dalam perjalanan untuk menghadiri sebuah konsert antarabangsa. Empat bulan selepas kejadian tersebut, secaratiba-tiba muncul seorang mangsa yang terselamat dan menjadi satu-satunya individuyang mempunyai kunci bagi merungkai segala misteri yang berlaku di atas pulauitu. Pada asasnya, “Miss...

Chief Kim_daus

Image
CHIEF KIM oleh daus Rating Keseluruhan Drama:   ( 8.8+9.0+7.8+2.0+4.5) = 32.1/4=8.03 ) Kritik Keseluruhan: "Chief Kim bukan saja utuh dari gugusan perancangannya, tetapi juga mampan dari perkembangan watak sehingga ke tahap interaksinya sesama lain menjadikannya suatu naskah yang sangat puas untuk ditonton sekurang-kurangnya dari nahu komedi slapstiknya yang mengujakan hasil gandingan berkesan Nam Goong Min, Jun Ho, Dong Ha dan sekumpulan yang lain" 1. Cerita  (8.8/10) Sebuah drama yang menghiburkan. Menariknya, drama ini tidak meng'clinch' kan minda dengan hubungan percintaan, tapi mendasarkan pada hubungan setiakawan sepasukan Operasi Perniagaan ,"Business Operation" dalam membantu misi ketua mereka bagi menggagalkan segala rancangan pengerusi syarikat TQ yang menindas pekerja-pekerja bawahannya. Satu persatu misi dijayakan dengan cara 'kampung' oleh Chief Kim Seong Ryeong bagi menumpaskan pihak atasan  yang cuba me...