Missing 9_irienad
Missing 9
oleh irie^nad
Rating Keseluruhan Drama: (7.0 + 7.0+ 7.0 + 2.0 + 1.0 = 24.0/4 = 6.0)
KRITIKAN: Suratan atau kebetulan?
Seakan-akan bersetuju dengan tajuknya, banyak elemen yang ‘hilang’
daripada drama ini. Daripada penceritaan yang tidak konsisten kepada
pembaziran bakat lakonan para pemainnya, “Missing 9”gagal menjawab
beberapa persoalan besar yang menghantui penonton di sebalik usaha murni
untuk mempersembahkan satu genre baru dalam dunia drama Korea.
Cerita (7/10)
“Missing
9” mengisahkan tentang sekumpulan artis dan staf “Legend Entertainment”
yang terperangkap di sebuah pulau terpencil setelah kapal terbang
peribadi yang mereka naiki terhempas ketika dalam perjalanan
untuk menghadiri sebuah konsert antarabangsa. Empat bulan selepas
kejadian tersebut, secaratiba-tiba muncul seorang mangsa yang terselamat
dan menjadi satu-satunya individuyang mempunyai kunci bagi merungkai
segala misteri yang berlaku di atas pulauitu.
Pada asasnya, “Missing 9” mempunyai idea yang menarik
dan jarang diketengahkan dalam kebanyakan drama Korea lain.Sayangnya,
penceritaan drama ini tidak konsisten dan membuatkan penulis keliru
tentanggenre sebenar drama ini. Drama ini bermula baik dengan
mendedahkan satu-satunya mangsa nahas yang terselamat, iaitu RA Bong-hee
(lakonan BAEK Jin-hee) yangterdampar di sebuah pulau dalam keadaan lemah
dan tidak terurus. Secara automatik,ini menjentik rasa ingin tahu
penonton bagi mengetahui jawapan kepada pelbagai persoalan: Kenapakah
hanya Bong-hee yang terselamat? Apakah yang berlaku kepadaorang lain?
Adakah drama ini hanya akan menunjukkan ‘flashback’ tentang apayang
berlaku di pulau tersebut?
Dalam beberapa episod awal, drama ini menceritakan
bagaimana sembilan orang mangsa nahas tersebut cuba untuk menyesuaikan
diri bagi meneruskan kelangsungan hidup di pulau tidak berpenghuni itu.
Nada drama ini bermula agak ringan, disuntik dengan elemen-elemen komedi
yang berpatutan. Namun, bermula episod 5, penonton mula disajikan dengan
siri pembunuhan yang dilakukan oleh CHOITae-ho (lakonan CHOI Tae-joon)
di pulau tersebut dan sedikit demi sedikit, iaturut merungkai rahsia
pembunuhan seorang komposer “Legend Entertainment” yang berlaku beberapa
tahun sebelum itu. SEO Joon-oh (lakonan Jung Kyung Ho), seorangartis
“Legend Entertainment” yang suam-suam kuku, menjadi suspek utama
dalamkesemua kes tersebut. Transisi genre ini pada awalnya berlaku
dengan agak kemas. Namun sayangnya, momentum yang ditunjukkan pada
beberapa episod awal drama inigagal diteruskan. Kegagalan ini agak
ketara terutamanya bermula episod 12 dalamusaha Joon-oh untuk
membuktikan kepada masyarakat yang semua tuduhan inimerupakan komplot
jahat Tae-ho dan pengurusan tertinggi “Legend Entertainment”.
Secara
peribadi, penulis merasakan drama ini telah membazirkan bakat ramai
pelakon hebat kerana tidak berupaya untuk membentuk perkembangan watak
yang baik disebabkan kelemahan skrip dan plot. Hanya CHOI Tae-joon yang
berjaya menunjukkan lakonan yang berbeza daripada watak yang
sering dibawa oleh beliau sebelum ini. Tidak keterlaluan jika dikatakan
watak CHOITae-Ho ini merupakan ‘breakthough’ untuk CHOI Tae-joon dalam
mempamerkan dimensi lakonan yang lebih luas sebagai watak psiko. Bakat
pelakon lain seperti JUNG Kyung-Ho dan OH Jung-se pula gagal dimanfaatkan
secara maksima.
Aspek Teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan dansinematografi) (7/10)
Antara
kelemahan paling besar drama ini ialah kegagalan lakon layarnya.
Terutamanya menuju suku terakhir drama dalam usaha Joon-oh
untuk membersihkan nama beliau, penonton banyak disajikan dengan
plot-plot tidak penting yang tidak memberi banyak kesan kepada
penceritaan. Penulis skrip mungkin cuba untuk mencipta keseimbangan
selepas siri pembunuhan ngeri oleh Tae-ho, namun ia tidak dipersembahkan
dengan kemas dan seolah-olah membunuh momentum penonton.
Walaubagaimanapun, masih terdapat babak-babak kelakar yang mencuit hati
penulis dan mencipta‘comic relief’ buat seketika. Di samping itu,
terdapat juga beberapa perkara yang tidak logik yang sedikit sebanyak
mungkin mencacatkan keseluruhanpenceritaan drama ini.
Dari segi teknik pengarahan dan suntingan, pujian
harus diberikan kerana drama ini berjaya menunjukkan penceritaan masa
sekarang (“current”)dan masa lepas (“flashback”) dengan agak berkesan
dan tidak mengganggu pemahaman penonton. Drama ini turut memaparkan
sinematografi yang agak menarik,terutamanya ketika babak di pulau.
Peliknya, penulis merasakan nada drama ini (terutamanya dari segi warna
gambar) tidak begitu sekata. Ada ketikanya, keseluruhan warnadrama ini
begitu menonjol dengan warna pakaian dan sinematografi yang memukau.
Malah,pakaian setiap watak mempunyai “signature color” yang tersendiri
sesuai dengan sifat mereka. Namun pada babak lain, keseluruhan pelakon
hanya memakai satu ton warna pakaian sahaja (iaitu “beige”), terutamanya
di awal drama. Penulis merasakan ada maksud tersirat di sebalik pemilihan
warna ini, namun mungkin gagal diterjemahkan dengan kemas oleh penulis
skrip.
Skor Muzik (2/5)
Tidak
banyak skor muzik dipersembahkan sepanjang drama ini. Hanya terdapat satu
skor yang diingati oleh penulis kerana alunan instrumen
‘string’nyasesuai dengan suasana di atas pulau tersebut.
Kebarangkalian untuk tontonan semula (1/5)
Hampir kosong. Penulis mungkin hanya akan menonton semulababak-babak comel interaksi antara Joon-oh dan Bong-hee sahaja.


Comments
Post a Comment