Posts

Showing posts from July, 2017

Chicago Typewriter_xyla

Image
CHICAGO TYPEWRITER oleh xyla Rating Keseluruhan Drama: (9 +10+9+5+5) = 38/4=9.5 ) Kritik Keseluruhan: " Chicago Typewriter bukanlah drama biasa tetapi ia berada dalam tahapnya yang tersendiri. Usai menonton kesemua episod Chicago Typewriter membuatkan drama-drama lain pada tahun 2017 setakat ini kelihatan agak 'lame'. Chicago Typewriter seumpama hidangan makanan yang kelihatan biasa pada luarannya, tetapi setelah menikmatinya ia memberikan suatu rasa yang luar biasa". 1. Cerita  (9/10) Secara keseluruhannya, Chicago Typewriter adalah drama yang paling underrated dan terbaik setakat ini bagi saya untuk tahun 2017. Ia sebuah drama yang menggabungkan unsur-unsur romantik, komedi, cinta, persahabatan, misteri, supernatural, fantasi dan sejarah dengan cantik. Plot cerita yang menarik, mutu lakonan yang berada pada kelas tersendiri ditambah dengan sinematografi yang cantik dan OST yang sedap didengar melengkapkan lagi keindahan n...

Fight My Way_idakamaruddin

Image
oleh idakamaruddin Rating Keseluruhan Drama:  (8.5+8+8+4+4) =32.5/4=8.125) 1.  Cerita  (8.5/10) Drama ini mengisahkan 4 sekawan yg bersahabat dari kecil hingga mereka dewasa, yang tinggal berdekatan dan sentiasa bersama-sama serta mempunyai impian berbeza namun disebabkan kehidupan seorang manusia yang tidak dapat diduga, maka impian dan cita-cita bagaikan terkubur begitu sahaja. Benarkah? Drama ini dibintangi oleh Park Seo Joon ( Ko Dong Man ) yang merupakan seorang atlet taekwando dan mewakili negara semasa zaman sekolah tinggi, namun profesyen tersebut bagaikan mati apabila beliau meningkat dewasa disebabkan faktor yang tak dapat dielakkan, niat untuk meneruskan profesyen itu dibiarkan begitu sahaja. Namun disebabkan semangat dan minat yang tak pernah mati beliau berusaha untuk berada dalam sukan ini walaupun pada awalnya mendapat tentangan dari beberapa pihak. Lain pula cerita untuk watak heroin nya, yang dibintangi ...