Fight My Way_idakamaruddin
oleh idakamaruddin
Rating Keseluruhan Drama: (8.5+8+8+4+4) =32.5/4=8.125)

1. Cerita (8.5/10)
Drama
ini mengisahkan 4 sekawan yg bersahabat dari kecil hingga mereka
dewasa, yang tinggal berdekatan dan sentiasa bersama-sama serta
mempunyai impian berbeza namun disebabkan kehidupan seorang manusia yang
tidak dapat diduga, maka impian dan cita-cita bagaikan terkubur begitu
sahaja. Benarkah?
Drama ini dibintangi oleh Park Seo Joon (Ko Dong Man)
yang merupakan seorang atlet taekwando dan mewakili negara semasa zaman
sekolah tinggi, namun profesyen tersebut bagaikan mati apabila beliau
meningkat dewasa disebabkan faktor yang tak dapat dielakkan, niat untuk
meneruskan profesyen itu dibiarkan begitu sahaja. Namun disebabkan
semangat dan minat yang tak pernah mati beliau berusaha untuk berada
dalam sukan ini walaupun pada awalnya mendapat tentangan dari beberapa
pihak.
Lain pula cerita untuk watak heroin nya, yang dibintangi oleh Kim Ji Won (Choi Ae Ra),
lakonan beliau dalam drama ini sangat mengagumkan. Siapa sangka jalan
cerita yang santai mampu dibawa dengan baik dan penonton dapat merasakan
begitu dekat dengan watak ini kerana beliau telah “deliver” dengan
baik. Kisah beliau sebagai seorang yg garang tapi mempunyai hati yg
sangat tulus dan cengeng selain itu beliau seorang yang sangat mengambil
berat tentang rakan-rakan nya apabila dia bertindak sebagai “boss”
dikalangan mereka berempat
.
Sama seperti Dong Man, watak Choi Ae Ra juga berusaha mengejar impian
sebagai “anchor” namun terlalu banyak onak dan duri untuk menggapai
impian tersebut. Nak tahu lebih lanjut? Anda perlu tonton drama ini!! 
.
Sama seperti Dong Man, watak Choi Ae Ra juga berusaha mengejar impian
sebagai “anchor” namun terlalu banyak onak dan duri untuk menggapai
impian tersebut. Nak tahu lebih lanjut? Anda perlu tonton drama ini!! 
2. Keberkesanan Lakonan (8/10)
- Park Seo Joon – Ko Dong Man
Melakonkan
watak sebagai seorang bekas atlet taek wan do, tapi tidak meneruskan
kerjaya itu disebabkan cerita duka yang dilaluinya pada 10 tahun lepas.
Namun, disebabkan minat yang mendalam serta sokongan dari kawan-kawan
serta ex-coach nya yang tidak putus-putus memujuknya untuk kembali maka
akhirnya beliau berjaya menjadi seorang atlet MMA yang meningkat naik.
Lakonan
PSJ dalam drama ini tidak berapa memberi impak yang kuat disebabkan
jalan cerita ini yang sangat santai, maka emosi atau ekspresi wajah yang
dipertontonkan beliau dalam drama ini bersahaja sama seperti lakonan
beliau dalam drama sebulum ini. Cuma fizikal badan yang berubah
disebabkan tuntutan watak sebagai atlet patut diberi pujian. Selain
itu, beliau juga layak untuk di beri kredit diatas “chemistery” yang
berjaya bersama dengan heroin Kim Ji Won untuk drama ini, bagaikan
berharap moga mereka bercinta secara real bila diluar lokasi pengambaran




- Kim Ji Won – Choi Ae Ra (Best Actress)
Melakonkan
watak sebagai seorang yang bercita-cita untuk menjadi pengacara ataupun
“anchor” namun seperti Dong Man, terlalu banyak halangan serta tuntuan
hidup, beliau meneruskan kehidupan seperti orang lain, namun disebabkan
minat yang mendalam, beliau berusaha untuk berjaya meletakkan kakinya
sebagai seorang “anchor”.
Kali
ini pujian dan tepukan gemuruh layak diberikan kepada KJW. Yess….
Lakonan beliau dalam drama ini sangat memukau! Jalan cerita ini
memperuntukkan beliau untuk bermain emosi disebabkan personaliti beliau
dalam drama ini merupakan seorang yang tabah tapi mempunyai hati yang
rapuh, maka scene air mata itu wajib didalam setiap episod. Keserasian
dengan tunggak utama dalam drama ini juga patut diberi pujian kerana,
mereka melakonkan watak bersama tanpa rasa kekok atau ada “awkward”
moment. Syabas!! 



- Ahn Jae Hong – Kim Joo Man (Best Supporting Actor)
Beliau
melakonkan watak sebagai seorang Assistant Manager di home shopping
mall dan bekerja bersama-sama kekasih nya yang dilakon kan oleh Song Ha
Yoon. Mereka bercinta secara rahsia selama mereka bekerja bersama-sama
selama 6 tahun. Namun pada suatu hari, hati nya sedikit terusik apabila
seorang “intern” jatuh cinta padanya dan berusaha mengambil hati beliau
sehingga dia sedikit goyah hingga menyebabkan kekasihnya terasa hati dan
meminta untuk berpisah dengannya.
Lakonan
beliau memperuntukkan untuk bersikap “gentlemen” dan “cool”
menyebabkan seorang “intern” tergila-gilakan nya. Selain itu, beliau
merupakan seorang pekerja cemerlang namun hati nya yang serba salah
untuk memenangi hati kekasih atau kerjaya yang selama ini dianggap sama
penting serta keterujaan dirinya untuk dihargai serta impiannya untuk
berada lebih tinggi dari apa yang ada sekarang. Namun disebabkan itu,
hubungan mereka bagaikan berada dihujung tanduk dan kehidupan beliau
berubah apabila mereka berpisah.
- Song Ha Yoon – Bek Seol Hee

Melakonkan
watak sebagai seorang yang sangat lemah lembut dan baik hati, serta
terlalu menyayangi kekasihnya serta merupakan seorang wanita yang sangat
naïf. Beliau bekerja di tempat yang sama dengan kekasihnya, namun
hubungan mereka dirahsiakan selama beberapa tahun mereka bekerja
bersama. Namun, pada suatu hari, hubungan mereka goyah apabila seorang
“intern” dengan terang memikat kekasihnya dan menyebabkan hubungan
mereta retak. Personaliti beliau tiba-tiba berubah selepas mereka
berpisah. Siapa sangka wataknya sebelum ini seorang yang sangat polos
dan baik serta lemah lembut bertukar kepada seorang wanita yang sangat
tegas dan “cold”
3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi) (8/10)
Anda
pasti tak akan percaya cerita santai sebegini tapi ada element surprise
juga ye. Dalam drama ini, pengarah/penulis berjaya membuatkan penonton
berasa teruja dengan jalan ceritanya, seperti drama korea yang lain,
jalan cerita “cliché” itu pasti, namun untuk drama ini, pengarah berjaya
“twist” beberapa scene dan membuatkan penonton lebih teruja dan
terhibur.
Selain
itu, untuk sineatografi drama ini banyak berkisar di kawasan perumahan
mereka sahaja serta di gym “buruk” dimana Dong Man dan coachnya berlatih
4. Skor muzik (4/5)
Lagu-lagu
OST dalam drama ini sedap didengar dan kena dengan halwa telinga. Yang
pasti, OST yang merupakan lagu pembukaan setiap episod sangat catchy dan
merupakan pilihan pertama saya ya!
1.Arieband (아리밴드) - Dumbhead
2.Kassy - Good Morning
3. BTOB(Seo Eun Kwang,Lim Hyun Sik,Yook Sung Jae) - Ambiguous
5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (4/5)
Drama yang berkisar romantik komedi seperti ini pasti akan senang untuk ditonton semula!
Rating Keseluruhan Drama: (8.5+8+8+4+4) =32.5/4=8.125)
Nomination: Kim Ji Won & Ahn Jae Hong
Comments
Post a Comment