While You Are Sleeping_runawaydida
Rating Keseluruhan Drama: (8.0+9.0+7.5+5.0+5.0) =34.5/4=8.63)
Kritik Keseluruhan: "Saya merasakan WYWS adalah sebuah drama yang sangat comfortable. It did provide plenty of tension filled scenarios to keep things exciting, but it was the characters, the relationships, and our wonderful couple that truly shined for me in this story. So, please have a watch and you will not regret it."
Kritik Keseluruhan: "Saya merasakan WYWS adalah sebuah drama yang sangat comfortable. It did provide plenty of tension filled scenarios to keep things exciting, but it was the characters, the relationships, and our wonderful couple that truly shined for me in this story. So, please have a watch and you will not regret it."
Intro
While You Were Sleeping (WYWS) adalah sebuah drama SBS yang paling
dinanti-nantikan (the most SBS anticipated drama of 2017). Drama ini
menerima sentuhan daripada pengarah Doctors dan My Love from the Star,
serta penulis skrip Pinocchio dan I Can Hear Your Voice. Drama
ini juga merupakan kolaborasi kali ketiga di antara Lee Jong Suk dan
penulis Park Hye Ryun di mana drama bersiri mereka sebelum ini,
Pinocchio dan I Can Hear Your Voice,
berjaya mendapat sambutan hebat daripada penonton. Drama ini bersaing
hebat dengan drama Temperature Of Love di mana keduanya bersiaran pada
masa yang sama. WYWS juga merupakan drama yang SBS meletakkan harapan
tinggi. Wakil SBS berkata Drama ini mempunyai sebuah team yang hebat dan
sempurna dari segi pengarah, pelakon, penulis skrip, krew produksi dan
sebagainya. Drama ini dibintangi oleh Lee Jong Suk dan Suzy sebagai
teraju utama serta dibantu oleh Lee Sang Yeob, Go Sung Hee, Jung Hae In,
dan Shin Jae Ha.
Pelakon
1. Cerita (8/10)
WYWS adalah sebuah drama yang berkonsepkan fantasi romantic dan juga
perundangan. Ia mengisahkan adalah tentang seorang wanita bernama Hong
Joo (Suzy) yang mendapat vision melalui mimpi tentang perkara-perkara
yang dahsyat yang akan berlaku kepada orang disekelilingnya di masa
depan dan seorang pendakwa Jae Chan (Lee Jong Suk) yang cuba menghalang
kejadian tersebut daripada berlaku.
Mengetahui apa yang akan berlaku sangat menyeksakan Hong Jo terutama
apabila dia tahu sesuatu yang buruk akan berlaku tetapi dia tidak dapat
menghalangnya. Kejadian ini bermula ketika dia masih remaja, namun pada
waktu itu dia perwatakan seperti tombong. Dia bermimpi ayahnya mati
akibat letupan tetapi dia tidak dapat menyelamatkan ayahnya walaupun dia
telahpun memberitahu apa yang akan terjadi. Disebabkan itu, Hong Joo
terus dihantui rasa bersalah untuk sekian lamanya. Sepanjang melalui
hidupnya, Hong Joo sering cuba menghalang perkara-perkara buruk yang
muncul dalam mimpinya daripada berlaku tetapi dia sedar sukar untuk
meraih kepercayaan orang disekeliling mengenai keistimewaan yang
dimilikinya. Dan disebabkan mimpinya juga, Hong Joo bercuti lama sebagai
seorang wartawan kerana dia pernah bermimpi akan mati.
Sebenarnya ini adalah kali pertama pertemuan antara Hong Joo dan Jae
Chan, kerana ayah Jae Chan juga mati pada hari yang sama kerana si
pelaku tersebut telah membunuh ayah Jae Chan terlebih dahulu.

13 tahun kemudian mereka bertemu semula tapi mereka tidak mengenali
antara satu sama lain. Jae Chan bermimpi Hong Joo akan mengalami
kemalangan kereta dan melanggar mati seorang pemuda (Han Woo Tak). Oleh
itu, Jae Chan mengambil keputusan untuk menghalang kejadian tersebut
berlaku (episode pertama)
Semenjak dari itu, keduanya sering mengalami mimpi (perkara yang akan
berlaku dimasa depan) dan mereka cuba untuk menghalang mimpi buruk itu
menjadi realiti sementelah Jae Chan dan adiknya berpindah berhampiran
dengan Hong Joo. Jae Chan merupakan seorang pendakwa yang banyak
menguruskan kes-kes jenayah.
Kalau diikutkan setiap perkara yang terjadi (mimpi) ada kronologinya.
Ibarat kita menyusun jigsaw-puzzle yang akhirnya akan dapat gambar yang
penuh. Seperti yang terjadi pada Hong Joo dan Jae Chan. Peristiwa 13
tahun lalu membawa perjumpaan semula mereka dan juga perjumpaan bersama
inspektor. Bagaimana kelicikan peguam Lee Yu Beom membela anak guamnya
secara kotor dapat dipatahkan dan sebagainya. Setiap yang terjadi tidak
semestinya apa yang diinginkan.
Apa yang boleh di hightlight dalam drama ni watak three flying dragons (
Jae Chan, Hong Joo dan Woo Tak). Mereka diibaratkan teraju drama ini
kerana ketiganya boleh mendapat visi melalui mimpi mereka dan mereka
cuba sedaya mungkin untuk menyelamatkan keadaan. DI samping dari segi
aspek persahabatan akan wujud juga aspek percintaan tiga segi kerana
ketiganya sering menghabiskan masa bersama.

Apa yang relate nya drama ini dengan legal?

Disebabkan Jae Chan merupakan seorang pendakwaraya dan dia juga boleh
mendapat visi melalui mimpi, cara untuk mengubah sesuatu perkara
perlulah berlandaskan undang-undang. Sebagai contoh, permulaan drama
(episode 3, 4),Jae Chan yang baru sahaja berkhidmat sebagai pendawaraya
telah mengambil mudah dalam penyelesaian kesnya. Kemudian dia bermimpi
adiknya, dituduh membunuh yang melibatkan OKT kesnya. Based on mimpi
beliau dan dibantu dengan mimpi yang Hong Joo perolehi, Jae Chan dapat
menyelamatkan keadaan tetapi adiknya menuduh Jae Chan punca segalanya
kerana telah membebaskan OKT tanpa sebarang pertimbangan yang wajar.
Sejak dari itu Jae Chan berubah dan menyelesaikan segala kesnya dengan
baik.
Apa yang menjadi isu utama adalah bagaimana mereka menyelamatkan antara
satu sama lain melalui mimpi. Apakah mereka sebenarnya berjaya mengubah
keadaan di masa depan? Untuk yang ini untuk mendapat sedikit gambaran,
anda perlu tonton episode 15 di mana Choi Dam Dong dilanggar mati oleh
Yu Beom.
2. Keberkesanan Lakonan (9/10)
Pemilihan pelakon yang sangat bertepatan termasuk pelakon pembantu. Itu
yang menjadikan drama ini ‘alive’ dan kaya dengan pelbagai dimensi.
Setiap pelakon mempunyai pesona mereka yang tersendiri bila berhadapan
dengan kamera dan karakter mereka dibangunkan dengan baik. Penulis
nampaknya Berjaya mengetengahkan pelbagai watak tanpa overshadow watak
yang lain terutama pelakon utama. Penulis juga ketengahkan habit manusia
biasa contohnya watak Lee Yoo Beom. Kalau anda perasan, kebiasaan
apabila kita nervous, kita akan menggulung kertas untuk melegakan rasa
nervous begitulah yang ditunjukkan dalam watak Yoo Beom.

Lee Jong Suk sebagai Jung Jae Chan (Best Actor)
Ini adalah alasan terkuat untuk saya menonton drama ini. Pada permulaan
episode saya agak ragu-ragu apakah LJS akan mempamerkan “perfect successful, capable and handsome young man”
sahaja. Namun tanggapan saya salah kerana LJS menunjukkan sisi yang
berbeza dalam drama ini.. Ini sesuatu yang saya nantikan. Karakternya
penuh dengan passion and warm heart, tetapi sifat clumsy yang
dipertontonkan dapat meneutralkan gambaran lelaki yang sempurna yang
sentiasa wujud dalam kdrama.

Apa yang boleh saya katakan, LJS put his best effort to portray his
character with great face expression and emotion. Ia sangat
menyeronokkan untuk melihat Lee Jong Suk potray adengan lucunya. Dia
Berjaya buat beberapa ekspersi serta memek muka yang Berjaya buat saya
ketawa dan ianya Nampak comel.
As usual he has his own charisma while present his character. Lagi satu
saya boleh kata dia Berjaya dan agak meyakinkan membawa watak
pendawaraya dengan baik. His character and acting skill well blended
dengan situation dan para pelakon lain.

Lagi 1, korang boleh tengok aksi bromance antara Jae Chan dan adiknya
yang mana Nampak sangat friendly serta semula jadi. From different side
menampakkan dia seorang abang yang bertanggungjawab.
Then, chemistry antara LJS dan Suzy sangat menarik, semulajadi dan
sangat suits each other.. Even at the 1st, saya agak kecewa Suzy yang
bakal mendapat tawaran menjadi teraju utama drama ini.Tetapi lakonannya
agak hebat. Saya boleh katakan saya menyukai chemistry yang
dipersembahkan antara LJS dan Suzy.

They are super-duper cute together and give us plenty of adorable couple
moments.(sangat)!! They are also both genuinely good people that put
others before themselves, and they develop such a supportive
relationship with each other.

Suzy – Nam Hong Joo (Best Actress)
Pada mulanya, ianya amat mengecewakan saya kerana lakonan Suzy tidak
pernah saya ikuti. Saya Cuma pernah menontoan drama Dream High lakonan
Suzy. Suzy karakternya sebagai seorang wanita yang pintar, baik hati,
dan rela melakukan apapun untuk orang lain demi kebaikan. Compared
dengan lakonan beliau terdahulu, kali ini Suzy also potrays her
character at her best. Tidak Nampak seperti dibuat-buat, ianya Nampak
neutral. Contohnya seperti mana kesusahan/penderitaan yang dialami
melalui mimpi buruk yang diterimanya. Her expression wont lie how suffer
she is until she met with Jae Chan. She’s messy, a bit dorky and
sometimes gets herself into embarrassing situations. Suzy was so
enjoyable as Hong Joo. She’s such a bright character that really warmed
my heart.
Suzy akhirnya dapat membawakan watak sebagai seorang wartawan dengan
baik setelah she put her efforts to learn and look like a reporter.
Kematangan lakonan beliau dapat dilihat dalam drama ini plus di mixed
kan dengan LJS, ianya seolah perfect. Chemistry yang ditonjolkan tidak
Nampak tipu, keduanya gives and take to ensure their character Nampak
menjadi. So, Suzy welcome to my favourite list.

Jung Hae In – Han Woo Tak (Best Rookie Actor)
Jung Hae In, miliki wajah dah badan yang hebat. Mulanya saya risau watak
Han Woo Tak akan overshadow watak Jae Chan as he definitely stole the
limelight (2nd lead syndrome). Penulis bijak membuat percaturan untuk
tidak menjadikan setiap watak overshadow watak yang lain. Jung Hae In
juga successfully portray his character. Tiada apa yang perlu
diperkatakan mengenai lakonan beliau kerana beliau mempunyai bakat yang
baik walaupun tidak mengambil sebarang kelas lakonan.
Membawakan watak sebagai seorang pegawai polis di mana dia akhirnya membantu Jae Chan dan Hong Joo dan menjadi sahabat baik.
Woo Tak adalah seorang yang sangat sweet dan tidak mementingkan diri
sendiri yang selalu ada untuk membantu rakannya. His acting looks
natural and his expression suits his character well. Oh, dia juga
Berjaya memperlihatkan bagaimana seseorang yang tinggal sendirian
survive di mana adakalanya dia juga merasa kesunyian yet bijak
menyembunyikan perasaannya.

Lee Sang Yeob – Lee Yoo Beom ( Best Supporting Actor)
Lee Sang Yeob memainkan watak sebagai peguam yang hebat serta licik
dengan taktik kotor (devil lawyer) yang seringkali menjadi duri kepada
Jae Chan. Boleh dikatakan Yoo Beom adalah peguam yang jahat. Beliau
melakukan apa sahaja demi duit. Tidak
dihuraikan dalam drama ini. Ekspressi mukanya sangat cemerlang dalam
mempersembahkan sisi antagonis karakternya. Walaupun mengetahui dia
bakal kalah, tetapi exressi muka yang confident sememangnya meyakinkan
kita. He also put his best effort to his character. Yoo Beom Berjaya
membuatkan para penonton membenci karakternya.
Kita juga dapat melihat kebencian dimukanya ketika dia membela orang
yang jahat. ungguhpun seorang peguam yng hebat, ada sisi kesepian yang
ditunjukkan olek watak Yoo Beom ini tetapi beliau tidak memperlihatkan
kepada orang lain. Thumbs up Lee Sang Yeob, watak Lee Yoo Bam
meninggalkan kesan dalam drama ini.

Kim Won Hae - Choi Dam Dong (Best Ahjusshi)
Pakcik ni memang hebat. For this year only he has 7 dramas ok. Good job.
Mutu lakonan beliau tidak boleh disangkal lagi. Dari seorang yang tidak
gemarkan Jae Chan, akhirnya mereka bekerjasama dengan baik dan menjadi
rapat. Even dia mengambilberat tentang Jae Chan dan Yoo Beom. Wataknya
mempamerkan sisi kasih saying sebagai bapa,ambil berat, tegas, kelakar
dan juga menghormati pihak atasan.
3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi) (7.5/10)
WYWS memperkenalkan twist of interconnected dreams sebaik sahaja ia mula
menarik minat penonton. Ketika drama ini berjalan, ia menerangkan
bagaimana watak-watak berkongsi mengenai mimpi yang berkaitan di mana
ianya teah menyelamatkan nyawa masing-masing. Penulis juga bijak
menyuntik momen romantic serta thrill kes-kes berkaitan undang-undang
dengan menghubungkannya dengan akta-akta perundangan.
Momen-momen flashback yang ditunjukkan adalah selari dengan keadaan
semasa yang Berjaya memberi kesinambungan pada drama ini.Jadi penonton
mendapat gambaran yang jelas mengenai mimpi mereka dan tindakan mereka
untuk menghalang kejadian itu berlaku.
Kejadian di episode pertama ketika perlanggaran kereta Jae Chan dan Hong
Joo – background tempat kejadian sangat menyentuh perasan tambahan
dengan salji yang turun. Krew pengambaran dapat merakamkan scene dengan
baik.
Cons
Saya tertanya-tanya bagaimana Hong Joo boleh dapat kuasa untuk ketahui
apa yang akan terjadi pada masa depan? Bila Hong Joo dapat kuasa macam
itu sebenarnya? Apa motif bila orang yang diselamatkan Hong Joo boleh
mendapat kuasa macam Hong Joo? Kenapa lepas 13 tahun kemudian Hong Joo
bertemu dengan Jae Chan? Kenapa inspektor (Choi Dam Dong) tak kenal
dengan Jae Chan dan Hong Joo selepas peristiwa 13 tahun lalu? Apakah Jae
Chan dengan Hong Joo masih dipertemukan disebabkan peristiwa lampau?
Kenapa dengan senang-wenangnya Jae Chan bersetuju untuk sertai Hong Joo
sedangkan mereka adalah strangers. Ini yang sebenarnya yang bermain
difikiran saya. Tiada sebarang further explaination regarding above
matters. Even so, saya masih lagi menikmati drama ini sebaiknya.
Lagi satu, scene di mana Yoo Beom melanggar mati Encik Choi. Saya
merasakan ianya kurang logic kerana begitu mudah kejadian itu berlaku
sedangkan Yoo Beom baru sahaja di dapati bersalah.
Apapun, WYWS Berjaya meninggalkan kenangan buat saya apabila para
pelakon Berjaya potray their character well plus they express with good
their feeling. Kita dapat ketawa bersama, menyelami perasaan setiap
pelakon, berasa marah dengan Yoo Beom, sweet melihat pasangan romantic
Jae Chan dan Hong Joo dan banyak lagi.
Struggles yang dialami setiap watak sangat berkesan dan mudah
Dihubungkait apabila: Pilihan Hong Joo untuk kembali bekerja sekalipun
mimpi akan kematiannya. Keputusan Pendakwaraya Son untuk menjalankan
autopsi walaupun ia akan menafikan pemindahan organ anaknya, Pilihan Woo
Tak untuk menjadi saksi walaupun dia mengetahui akan hilang
pekerjaannya.
Untuk background music, tiada masalah buat saya. Drama ini disumbangkan
nyayiannya oleh penyanyi yang hebat. Instrumental yang diitampilkan
sangat bersesuaian dengan mood dan jalan cerita. Muziknya juga tidak
terlalu dramatic atau melo.Permulaan muzik oleh Eddie Kim sangat
menyentuh perasaan.
4. Skor muzik (5/5)
Jujur saya katakana, saya amat menyukai keseleruhan runut bunyi ini.
Pertamanya, ini merupakan kali pertama LJS bernyanyi dalam drama
lakonannya. Walaupun dia bukan penyanyi professional, at least he tried
his best. Dengan tone suara yang unik, anda pasti tidak mengetahui
pemilik suara ini.
Nyanyian Roy Kim – You Belong To My World tidak boleh
disangkal lagi. Muziknya yang sangat romantic memang menyentuh perasaan.
Dengan lirik lagu yang puitis ianya sangat bersesuaian. Lagu nyanyian Henry - It’s You dalam Bahasa Inggeris pastinya dapat captured peminat secara global. Juga saya sangat menggemarinyaTermasuk nyanyian Eddie Kim – When Night Falls yang memiliki melodi yang sangat menarik.
Saya juga menggemari nyanyian Suzy – I Love You Boy & Words I Want To Hear. Penyampaiannya sangat menusuk kalbu seolah menggambarkan perasaan sebenar Hong Joo terhadap Jae Chan. Begitu juga nyanyian Lee Jong Suk yang syahdu Come To Me & Do You Know. Ianya mengekpresikan perasaan Jae Chan kepada Hong Joo.

5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (5/5)
Saya pasti akan menontonnya lagi. Jalan cerita yang sangat padat, penuh
dengan emosi tambahan peminat setia LJS. Pada yang ingin tonton
chemistry macam gula LJS dan Suzy, you have to watch this drama.


Comments
Post a Comment