On The Way To Airport_tuna
ON THE WAY TO AIRPORT
Rating Keseluruhan Drama: 9.5 + 9 + 9.5 + 4 + 4.8 = (9.2 /10)
1. Cerita (9.5/10)
Sekiranya anda mencari sesuatu yang lain
dalam koleksi drama Korea, drama matang ini haruslah menjadi pilihan
untuk tontonan. Sememangnya ia dinantikan tuna. Manakan tidak, ia
memaparkan Malaysia sebagai sebahagian daripada lokasi drama ini dan
berulang kali di sebut di dalam dialog lakonan.
Bagi yang berjiwa patriotik, pasti akan rasa teruja
melihat bagaimana teknik penceritaannya berjaya memaparkan keindahan
beberapa lokasi di Malaysia. Ia ditampilkan dengan sangat indah dan
bersahaja.
Mengetengahkan isu hubungan kekeluargaan yang mulai
pudar rasa cinta, kasih sayang, hormat dan kepercayaan akibat sikap
acuh tak acuh terhadap pasangan selain ego setiap individu.
Kisah dua buah keluarga yang ditemukan dalam satu insiden menyedihkan iaitu kematian.
Choi Soo Ah seorang pramugari Air Asia yang
bersuamikan Capt. Park, juruterbang di syarikat penerbangan yang sama.
Mereka mempunyai seorang anak Park Hyo Eun, yang sering ditinggalkan dan
berpindah randah berikutan keengganan Capt Park untuk bersama
keluarganya kerana ingin mengekalkan gaya hidup sebagai orang bujang.
Manakala Suh Do Woo, seorang arkitek beristerikan Hye
Won serta mempunyai anak tiri bernama Annie. Annie dan Hyo Eun
berkenalan di Malaysia kerana bersekolah di tempat yang sama. Malangnya
Annie meninggal dunia akibat kemalangan di lapangan terbang sehingga
membawa pertemuan Choi Soo Ah bersama Suh Do Woo.
Tanpa perlu mengetengahkan konflik melampau, drama ini
lebih memaparkan perasaan paling dalam Choi Soo Ah serta Suh Do Woo
berikutan pudarnya perasaan cinta, sayang, kepercayaan dan hormat
terhadap pasangan masing-masing. Di luar sedar, kekosongan yang
dirasakan itu diisi oleh orang lain secara perlahan-lahan.
Jalan cerita yang sangat berseni ini agak membosankan
bagi mereka yang sukakan keterujaan dan hangatnya mainan cinta orang
muda kerana ia tidak berlaku di dalam drama ini.
Anda tidak akan berjumpa scene kissing budak2 yang
terlampau banyak – sikit-sikit nak terkiss konon kononnya (satu scene je
kot… I am content. It is more than enough), kisah cinta orang kaya dan
orang miskin serta semua hiperbola yang sering dipaparkan di dalam
drama-drama hayalan Korea.
Setiap sudut metafora memaparkan hakikat sebuah
kehidupan dan perasaan manusia paling dalam apabila jiwa menjadi kosong
berikutan hilangnya sifat menghargai.
Hakikat sebuah kehidupan juga, kita tidak tahu bagaimana untuk menghargai seseorang sehingga ia sudah terlambat.
Sebuah drama yang harus anda tonton dengan penuh sabar
dan teliti. Ia ditamatkan dengan perceraian Choi So Ah dan Su Doh Woo
bersama pasangan masing-masing. Sukar untuk tuna memberikan markah
rendah buat cerita ini kerana ia lain dari yang lain serta tidak cliché.
I am naturally satisfied.
2. Keberkesanan Lakonan (9/10)
Drama ini sangat mengujakan untuk ditonton. Meskipun
lakonan kedua pemain utama ini bukanlah yang terbaik. Namun sememangnya
watak-watak tersebut khas dibuat untuk mereka dan disampaikan dengan
sangat baik dan hampir sempurna.
Ini mungkin disebabkan watak-watak yang ditampilkan
adalah watak yang tiada aksi agresif, oleh itu kita akan merasakan
bahawa lakonan mereka sangat biasa-biasa saja. Hakikat kehidupan, kita
gemar kepada watak antagonis yang jahat dan garang.
Kim Ha Neul as Choi So Ah
Meskipun
watak Choi Soo Ah di terjemahkan sebagai wanita yang lemah lembut,
pasrah pada keadaan, KHN berjaya menyampaikannya dengan raut wajah dan
tata bicara yang bersesuaian dengan scene dan dialog. Boleh merasakan
peritnya jiwa menahan perasaan, boleh dilihat betapa sabarnya melayan
kerenah ibu mertua serta suami yang mementingkan diri sendiri. Kita
boleh rasakan betapa dia cintakan keluarganya tetapi takut untuk
mengejar kegembiraan untuk diri sendiri.
Lee Sang Yoon as Su Doh Woo
Jejaka
ini sebenarnya membuatkan tuna sentiasa berdebar-debar dengan pandangan
matanya yang sangat longing. LSY berjaya membawakan watak seorang
arkitek yang berjaya dengan memek wajahnya yang bersahaja. Blur dan
penyayang. Tutur biacaranya sebiji sebiji dan jelas. Hasil didikan
emaknya, watak Suh Do Woo sememangnya seorang yang sejuta kali tenang
dan tidak pernah melenting. Keperitan jiwanya digambarkan melalui sedu
sedannya di samping CSA sewaktu kematian ibunya. Kegelisahan dan
kekosongan jiwa selepas perceraian dgn HW jelas terbayang di sebalik
wajahnya yang kosong. Sememangnya watak ini khas milik dia. Tiada
pelakon lain yang selayaknya boleh membawakan watak ini.
Yee Soo Jung as Ko Eun Hee [Pencalonan Best Supporting Actress]
Mrs Ko merupakan watak yang sangat menjentik hati kecil tuna. Meskipun wataknya sangat sedikit hanya di beberapa episod awal, namun ia meninggalkan kesan paling dalam. Terbayang-bayang betapa lembut dan halusnya tutur bicara, pandangan mata, cara dia makan, cara dia jalan, cara dia berpakaian, sentuhan tangan dan sebutan dialog termasuk dialek ketika berbicara. I wish to meet Mrs Ko in person coz I ADORE HER!!!
Mrs Ko merupakan watak yang sangat menjentik hati kecil tuna. Meskipun wataknya sangat sedikit hanya di beberapa episod awal, namun ia meninggalkan kesan paling dalam. Terbayang-bayang betapa lembut dan halusnya tutur bicara, pandangan mata, cara dia makan, cara dia jalan, cara dia berpakaian, sentuhan tangan dan sebutan dialog termasuk dialek ketika berbicara. I wish to meet Mrs Ko in person coz I ADORE HER!!!
Jika
kita mengambil kira watak Mrs Ko ini, tidak hairanlah anaknya SDW
memiliki tahap kesabaran setinggi langit ke tujuh serta tidak wujud
sifat benci di dalam dirinya.
Shin Sung Rok as Captain Park
Watak
Capt Park yang menjengkelkan memang sesuai sangat dengan jejaka ini.
Watak seperti ini sudah menjadi mainan biasa untuk SSR. Sesuai sangat
dengan memek wajahnya, tona suaranya dan gerak tubuhnya. Tuna sangat
terkesan sewaktu beliau diserang penyakit claustraphobia dan merasakan
dia sudah tidak boleh memiliki CSA. Namun begitu, watak beliau
sepatutnya boleh dikembangkan dengan lebih baik bagi memberikan point
lebih untuk SSR.
Choi Yeo Jin as Song Mi Jin
Song
Mi Jin adalah rakan baik paling rapat dengan CSA. Wataknya biasa sahaja
namun sisterhood yang kuat dapat menghapuskan
kebencian/ketidakpercayaan CSA meskipun Mi Jin adalah bekas kekasih Capt
Park dan sering menjadi kekasih gelap sewaktu di luar negara. Nothing
special tentang watak ini tetapi sangat beruntung Mi Jin berkawan dengan
CSA yang naif dan tak ada rasa benci.
Tuna ingin mencalonkan LSY dan CSA tetapi di dalam
pertandingan, kedua jenis watak ini tidak akan mampu menang jika
bersaing dengan watak lain.
Pencalonan:
· Yee Soo Jung – Pencalonan Best Supporting Actress
3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan,sinematografi) (9.5/10)
Bukan semata-mata kerana ia memaparkan Malaysia,
tetapi Tuna sangat respect dengan cara director mengarah drama ini.
Penggunaan teknik slow motion, sephia mode dan fade to grey sangat
berjaya menyuntik elemen kenangan silam dan menjentik emosi paling
dalam.
Ini drama yang sangat mengusik jiwa. Ia bukan saja
dijayakan dengan sinematografi yang menarik namun setiap sudut pandang
diambil kira seolah-olah kita menonton sebuah cerita tentang seni. Seni
bangunan. Seni alam. Seni pekerjaan. Seni perjalanan. Seni rindu….
Argghhh…
Teknik pengarahan yang sangat menarik.
Ep 5: sewaktu CSA menuangkan wain ke gelas SDW seolah2 kita rasa SDW sedang membelai CSA.
Sewaktu rakan Ms Go datang melawat. Dialog dan dialek
yg mereka gunakan sangat menarik. Scene ini sangat rapat dengan kita. Ia
seperti babak dan perbualan harian yang tak pernah lari dalam kehidupan
kita.
Pengarahan yang sangat teliti meskipun dengan
sekecil-kecil props. Sebagai contoh, buku-buku Annie turut terselit buku
bacaan berkaitan Malaysia memandangkan dia belajar di Malaysia.
Skrip juga sangat kuat. Tiada ayat yang meleweh dan berulang selain menyampaikan makna yang tepat.
Kelemahannya hanyalah sewaktu menamatkan drama ini. Ia
dibuat dengan terlalu ringkas sehingga mengakibatkan kita rasa tak
sempat nak berfikir. Namun begitu, tuna sangat berpuas hati dengan
ending yang dipilih director.
4. Skor muzik (4/5)
Background muzik yang sangat menarik, serasi
dengan plot, mood dan jalan. Kehebatan director menyusun muzik/lagu
serasi dengan scene sangat berjaya menyuntik rasa dan ingatan terhadap
setiap watak.
Di antara yang menarik:
- Morra (모라) - Only You (On the Way to the Airport OST Part.1) - Pencalonan Lagu Popular
- But Still Can I? by leeSA (리싸) – On the Way to the Airport OST Part. 2 – lagu ni buat kita terbayang kehidupan yang indah entah di mana
- 공항 가는 길 OST Part 3 / On the Way to the Airport OST Part 3 Artist: Han Hee Joon (한희준) – lagu ni merentap tangkai hati
5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (4.8/5)
Drama ini menarik minat tuna untuk menonton
semula. Tuna nak ulang part SDW dan CSA. Serta babak yang melibatkan Ms
Go. Menarik sangat.
Comments
Post a Comment