Shopping King Louise_tuna
Shopping King Louise
by tuna
Rating Keseluruhan Drama: 8.5 + 9.5 + 9.5 + 3.5 + 2 = (8.25 /10)
1. Cerita (8.5/10)
Penat melayan genre yang berat seperti saeguk
dan thriller? Jom kita hayati kisah ringan ini. Semua cliché yang anda
mahukan ada di dalam drama ini.
Pada mulanya tuna tidak yakin untuk menonton cerita
ini kerana jalan cerita yang simple giler serta para pelakonnya
bukanlah tuna minat sangat. Boleh tak kalau tuna katakan Seo In guk
bukanlah jejaka idaman di dalam drama tontonan tuna? Hahahahahaha… I
just don’t like him without any reason.
Yoon Sang Hyun punya pasal la tuna tengok citer ni.
I’ve been loving him since Secret Garden dan penampilannya di dalam
pelbagai drama lain tidak pernah gagal menarik perhatian tuna.
Sebuah drama ringan, ringkas, all the cliches you
want. Kisah cinta orang kaya dan orang miskin, jejaka tampan dengan
gadis kampung, gadis kampung digilai ramai jejaka hebat/kaya, hilang
ingatan, gedik, love at first sight, semuanya lengkap.
Kang Ji Sung (Louie) cucu orang kaya yang manja hilang
ingatan akibat kemalangan yang dirancang tapi berlaku tanpa dirancang.
Fuhhhh… macamana tu? Saksikan sendiri dari awal hingga akhir. Jangan
miss tau!
Setelah dirompak dan kehilangan wang sewaktu tiba
pertama kali di Seoul, Bok Shil ditemukan dengan Mr Cha yang membeli
ginsengnya serta menjaga Louie yang hilang ingatan.
Nasib Bok Shil bertuah kerana berjaya mendapat pekerjaan sebagai cleaner di syarikat Mr Cha sehingga akhirnya Bok Shil dilantik sebagai pekerja di department Mr Cha. Cliché kan? Tapi… ahhh.. abaikan saja dulu.
Nasib Bok Shil bertuah kerana berjaya mendapat pekerjaan sebagai cleaner di syarikat Mr Cha sehingga akhirnya Bok Shil dilantik sebagai pekerja di department Mr Cha. Cliché kan? Tapi… ahhh.. abaikan saja dulu.
Istimewanya pelbagai plot menarik untuk mengelakkan
Louie daripada dijumpai oleh nenek Louie telah digagalkan oleh isteri Mr
Baek. Sebenarnya, kemalangan Louie adalah angkara Mr Baek yang sengal
dan sering gagal di dalam pelaksanaannya.
Louie seolah-olah ada 9 nyawa gitu. Cliché lagi?
Ahahahaha. Usah khuatir kerana anda pasti akan terpikat dengan Mr Baek
dan isterinya.
Jo In Sung dengan ibunya pula bertindak sebagai
penjaga Bok Shil dan Louie yang pada mulanya ingin mengambil kesempatan
di atas kebaikan Bok Shil. Namun akhirnya merekalah yang banyak
membantu kelancaran kehidupan Bok Shil dan Louie.
Drama ini diakhiri dengan pertemuan semula Bok Shil
dan adiknya Bok Nam yang disangka mati di dalam kemalangan yang
melibatkan Louie. And they live happily ever after. Simple sangatttt.
Untuk menghiburkan hati yang lara, pasti drama ini dapat mengubat jiwa anda. Jangan lepaskan drama ini!
2. Keberkesanan Lakonan (9.5/10)
Banyak watak untuk drama ini. Termasuklah watak-watak
tambahan yang membantu menceriakan suasana. Di antara watak yang menjadi
daya tarikan:
1. nenek Louie (tagline My Precious pasti membuat anda terbayangkan Smigeol.. dah la ada rupa Smigeol),
2. pembantu peribadi Louie iaitu Mr Kim (perangai robotnya memang nampak sangat robot),
3.
pembantu nenek Louie (kusangkakan beliau ini jahat sebab berpakat dgn
Mr Baek.. meskipun watak biasa tapi ada sesuatu yang menarik),
4. isteri Mr Baek (anda pasti tak tahan tengok memek muka dan suara bodoh bodoh alang beliau… cute),
5. Ma Ri anak Mr Baek (gadis cantik ini buat tuna tak lepas mata memandang… watak yg simple tapi suka tengok dia),
6. In Sung dan ibunya (kedua watak sengal yang banyak buat hal tapi memberi impak besar…)
7. nenek pencuri yang gagah perkasa (I have full respect for this nenek if she really does all the action)
8.
Abam polis… hensem nye jejaka ini. Ditampilkan seperti model. Watak
yang biasa tetapi teknik lakonan serta directing yang bagus berjaya
menghasilkan aura pada watak ini.
Seo In Guk as Kang Ji Sung/Louie (Best Actor)
Siapa
sangka jejaka tampan ini boleh membawakan watak bodoh alang si Louie
yang hilang ingatan. Selalu tengok dia dalam drama berat dan tak
berminat langsung nak tengok. Tetapi dalam drama ini, dia beraksi manja,
cute macam penguin, dengan mainan mata, gerak bibir, gaya jalan
terkedang kedang. Arghhhh… siapa tidak rasa rawan melihat kenaifan Louie
yang pandai memujuk. Kalau tuna jadi Bok Shil atau Mr Cha pun pasti
kalah dengan pujuk rayunya meskipun banyak tingkah lakunya bukan saja
bisa membuat jantung gugur malah muflis beratus kali. Cuma pada beberapa
episod akhir, wataknya agak kurang menangkap.
Nam Ji Hyun as Go Bok Shil
Rasanya
tuna tak pernah lagi menonton gadis ini berlakon di dalam mana-mana
drama. Penampilan pertama sebagai gadis dari hutan sememangnya menarik
perhatian tuna. Sesuai sangat sebagai gadis kampung. Senyuman beliau
memang menarik. No wonder Louie jatuh cinta. Sebab saya pun jatuh cinta
dengan senyuman beliau. Terserlah kesabaran melayan kerenah Louie,
kenaifan sebagai gadis kampung yang berhijrah ke bandar, kejujuran dan
kebaikan budi pekerti beliau.
Yoon Sang Hyun as Mr Cha
Watak yang dibawakan kali ini tiada sebarang kelainan yang istimewa. YSH nampaknya masih suka menerima watak yang biasa biasa saja. Berbeza dalam drama Gap Dong yang menonjolkan skil lakonan beliau yang versatil. Untuk drama ini, beliau masih diperingkat OK dan hampir sempurna. Tuna terbayang beliau di dalam Ms Temper & Nam Jung Gi. Hampir sama cara pembawakannya. Namun tuna tetap menyukai beliau dari dulu.
Watak yang dibawakan kali ini tiada sebarang kelainan yang istimewa. YSH nampaknya masih suka menerima watak yang biasa biasa saja. Berbeza dalam drama Gap Dong yang menonjolkan skil lakonan beliau yang versatil. Untuk drama ini, beliau masih diperingkat OK dan hampir sempurna. Tuna terbayang beliau di dalam Ms Temper & Nam Jung Gi. Hampir sama cara pembawakannya. Namun tuna tetap menyukai beliau dari dulu.
Pencalonan:
· · Seo In Guk as Kang Ji Sung/Louie –Pencalonan Best Actor
3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan,sinematografi) (9.5/10)
Genre romantic comedy kali ini ternyata berjaya.
Meskipun drama ini biasa biasa saja tetapi director berjaya mengekalkan
momentum untuk tuna teruskan menonton dengan aksi over-acting si Louie,
In Sung dan emaknya, bini Mr Baek, nenek Louie dan hampir ke semua
pelakon tambahan di dalam drama ini.
Skripnya juga agak bagus dan disusun dengan baik bersesuaian dengan jalan cerita. Very simple yet entertaining.
Apa yang memberikan kelainan ialah icon icon cute (maaf le tak reti namanya) yang sering diletak di atas para pelakon selain bunyi latar yang kelakar untuk setiap scene memang buat kita tak kering gusi.
Apa yang memberikan kelainan ialah icon icon cute (maaf le tak reti namanya) yang sering diletak di atas para pelakon selain bunyi latar yang kelakar untuk setiap scene memang buat kita tak kering gusi.
Garapan bromance antara Louie dengan In Sung serta
Louie dengan Mr Cha sangat memberi kesan sehingga ia menenggelamkan
kisah cinta Louie dan Bok Shil.
Rasanya tak perlu buat kisah cinta Louie dan Bok Shil
kerana terasa sedikit awkward berbanding plot friendship antara mereka
semua yang lebih kuat.
Namun scene first kiss antara Louie dan Bok Shil di
depan kedai buku sangat menarik. Rasanya director memang fokus betul kat
part ni. Tak dinafikan, angle dan sentuhan tangan Louie (tiada aksi
pelukan) sangat indah untuk ditonton berulang kali.
Aksi-aksi lawak Mr Baek buat jahat tak menjadi adalah
paling daebakkk di dalam drama ini. Hahahahaha… kesian kat penjahat nak
buat jahat tapi takut, gagal serta digagalkan memanjang.
Abam polis meskipun watak tempelan tapi diberikan
kekuatan sebagai daya penarik kepada bini Mr Baek yang terpesona
memandang abam polis. Good job director kerana memberikan perhatian
tambahan meskipun tidak banyak.
Thumbs up untuk writer dan director yang memberikan
kelainan kepada hasil kerja drama ini. Lain dari yg lain di sebalik
setiap cliches yang selalunya buat tuna rasa too much.
4. Skor muzik (3.5/5)
Background muzik yang biasa saja dan sesuai
dengan jalan cerita. Namun tiada yang menyengat. Muzik intro nya menarik
dan rancak. Pasti terbayang Louie sekiranya mendengar lagu ini.
1. MONSTA X - Tiger Moth(부나비) – Pencalonan Lagu Popular
2. Produce 101 - Pick Me (Shopping
King Louie/Shopaholic Louis OST) 쇼핑왕 루이 – lagu ni buat terbayang-bayang
handbag panggil Louie suruh bawa balik
5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (2/5)
Drama ini mungkin akan ditonton semula setiap kali rindu dengan gelagat terkedek kedek si Louie.

Comments
Post a Comment